AKU DAN MEDIA SOSIAL
3 Oktober 2018
Assalamualaikum. Selamat bersua lagi. Secara kebetulan ini saya bercadang untuk memperluaskan pelantar media untuk saya gunakan bagi berkomunkasai dengan dunia. Sekalipun kini sudah 10 tahun bergelar persara saya masih banyak perlu berhubung dengan alam di luar diri saya, baik alam mini atau alam makro.
Sebagai seorang insan yang pada penilaian diri saya, masih aktif menjalani pelbagai aktiviti sosial, bukan sekadar mempertahankan nyawa dan menjaga turun naik nafas diri ini saya terlibat di dalam pertubuhan dan pelbagai projek dan aktiviti.
Esok, 4 Oktober 2018 saya akan ke udara di TV OKEY pada jam 3.00 petang kerana dijemput mewakili Kelab Peminat P Ramlee Sarawak (KPPRS). Say menjadi Setiausahanya boleh dikatakan semasa ia masih heraman dan dalam proses menetas menjadi sebuah badan budaya aktif seperti sekarang ini. Saya akan bercakap tentang KPPRS esok.
Saya juga kini sibuk menyiapkan isi buku berjudul Bandarsah Gemilang yang merupakan sebuah buku dokumentari mengenai sejarah dan perkembangan Kampung Bandarsah yang juga dikenali sebagai Kampung Nombor 2 sejak lebih 100 tahun lalu (walaupun usia kampung itu sudah lebih 300 tahun).
Saya juga terkial-kial menyiapkan satu projek penulisan Sejarah Sastera Kebangsaan Sarawak untuk Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak Cawangan Sarawak. Ada masalah sedikit untuk menyelesaikannya kerana dalam proposal saya tempoh liputan adalah dari tahun 1970 hingga kini. Tapi pihak DBP meminta supaya tempoh liputannya diubah sehingga zaman sebelum dan sekitar zaman pemerintahan Brooke. Kerja masih dijalankan.
Tuhan punya perancangan, ketika saya resah gelisah mencari bahan yang dicadangkan oleh DBP, saya dipelawa menyiapkan kandungan bukuj Bandarsah Gemilang. Dalam melaksanakan penyelidikan untuk buku itu saya ketemu beberapa data dan fakta yang secara langsung ada kaitan dengan perkembangan pendidikan zaman Brooke yang ada kaitan langsung dengan kewujudan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah surau atau madarasah terletak di Kampung Bandarsah dibuka oleh Datuk Hakim Abang Haji Abdul Rahman Brahim yang diberi gelaran Datuk Hakim Keramat. Sedikit sebanyak saya beroleh gambaran aktiviti penuilisan zaman it8.
Dalam lebih menarik ialah para pelajar di madarasah itu diajar ilmu agama Islam sehingga layak untuk melanjutkan pengajian di Mekah sehingga ke tahap mereka boleh menjadi tenaga pengajar dan punya halaqah sendiri di Masjidil Haram. Syarat untuk mengajar di masjid itu ialah seorang calon pengajar harus sudah mendapat ijazah daripada mahaguru-mahaguru yang mengajar di sana dan diiktiraf serta diluluskan pihak berkaitan dengan pendidikan di masjid yang mulia itu.
Menilai dari sini saya beranggapan sudah terlebih dahulu beroleh ijazah bertaraf ijazah tertinggi universiti dalam bidang agama Islam lama sebelum ada anak Melayu Sarawak beroleh ijazah sekular dari universiti-universiti barat. Salah seorang pelajar dari Madarasah Datuk Hakim Keramat yang akhirnya terkenal seluruh nusantara (tapi kurang diketahui dan dikenali dei Sarawak) ialah Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, yang diperkenalkan kembali kepada orang-orang Sarawak apabila namanya digunakan bagi menamakan SMK Agama Matang, iaitu SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.
Saya juga menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak dan ahli Pusat Aktiviti Warga Emas Petra Jaya serta Pengerusi Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Petra Jaya. Ialah orang masih mahu menggunakan tenaga dan kemahiran kita yang sedikit maka kita terimalah tanggungjawab itu demi Allah.
Dalam konteks ini saya perlu sebuah pelantar media sosial yang efektif untuk merakam gerak tindak pengalaman dan untuk berhubung secara konskruktif dan produktif dengan komuniti di luar rumah dan bilik kerja saya sempit dan penuh dengan pelbagai bahan berkaitan penulisan.
Ceritanya bahawa sejak tahun 2006 saya sudah akrif berblog dengan blog yang pernah menarik cukup ramai peminat, iaitu Laman Saiee Driss. Laman itu kena godam dan tidak dapat dibuka lagi.
Saya juga ada banyak blog yang berkaitan dengan kegiatan semasa saya. Tapi semacam selera berubah selepas laman utama saya digodam. Saya jadi malas berblog dan keseluruhannya saya menjadi seorang pemalas.
Kemudian tahun 2017 saya ketemu semula blog ini dan mengisi satu dua posting. Pagi ini saya ketemunya lagi dan merasa kali ini biarlah ikatan saya dengan blog-blog saya dipulihkan dan itulah tempat saya berekspesi kepada dunia.
Gambar di atas itu adalah di antara yang terbaharu diambil bulan lepas. Begitullah wajah saya sekarang.
In sya Allah, saya akan terus hantar posting jika diizinkan oleh Tuhan.
Subhanallah, Walhamdulillah, Walaillahaillah, Walllahuakbar.
Cukup untuk hari ini.
Wassalam
Saiee Driss
@ Haji Saie bin Dris

No comments:
Post a Comment