RUANG BERTANYA KHABAR DAN MENERIMA BERITA
Assalamualaiakum
Semoga sejahtera dan berbahagia selalu. Saya wujudkan laman blogspot diberi judul Hidup Semangat RUSDA adalah sebagai sumbangan saya kepada usaha rakan-rakan semua mahu mewujudkan atau mendaftarkan semula Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA), iaitu persatuan drama dan teater yang pertama didaftarkan secara rasmi di Sarawak.
Hasrat demikian telah dicetuskan oleh Hassim Tahot dan dimanifestasi dalam bentuk kewujudan sebuah laman Whatsapp diberi judul ReUnionRUSDA pada 8 Oktober 2016. Di laman itu Whatsapp itu Hassim mengesqan, menyenaraikan dan menghubungi rakan-rakan yang pernah terlibat dan bergiat di dalam RUSDA sejak ia didaftarkan secara rasmi pada pertengahan tahun 1970-an sehingga ia lenyap dari persada seni pada tahun 1990-an.


No comments:
Post a Comment