
TIDAK SANGKA KUTEMUI KEMBALI BLOGKU INI
Assalamualaiakum. Semoga semua pembaca berada dalam suasana sihat sejahtera.
Selamat berpuasa kepada saudara-saudara seagamaku. Semoga ibadah kita direstui dan diterima oleh Allah s.a.w.
Nak cerita sikit pasal blog ni. Sekitar lebih 10 tahun dahulu (aduh lama benar bunyinya) saya memang seorang blogger yang aktif dengan banyak subjudul lamannya. Entah kenapa minat terhadap aktiviti blogging semakin pudar apabila tampil Facebook dan Whatapps Maklumlah kedua-dua aplikasi ini memang lebih mudah dan lebih popular dan lebih berkesan untuk komunikasi pantas.
Mungkin rasa kurang senang dengan blogging adalah setelah laman khas saya Laman Saiee Driss dikodam dan dilenyapkan oleh penggodam sehingga tidak lagi dapat dikesan isi-isi yang rasanya penting dan berharga.
Entah macam mana hari ini ketika browsing mencari bahan untuk menyiapkan sebuah permintaan dari DBPP Kuala Lumpur, aku bubuh namaku di search Google. Muncullah beberapa entri daripada beberapa laman blog ku yang sekali sekala kutulis sejak kehadiran Facebook dan Whatsapp. Membacanya balik tertarik pula jati nak buka blog balik sebagai komunikasi kepada dunia.
Masalahku sebenarnya ialah memikliki terlalu banyak saluran komunikasi dan kebanyakannya mendapat sambutan. (Sebab itu ada yang kena goidam). Salah laman Facebookku yang cukup mendapat sambutan dahulunya ialah Seloka Pantun Bersama Saiee Driss. Laman ini memang cukup ramai pengikut dan aku hias dengan cantik. Tapi sedikit demi sedikit minat menguncup dan aku jarang berkunjung ke situ. Puncanya mungkin aku sudah tua maka tema pantunku agak didaktik dan sarat dengan fikiran orang tua dan tidak berapa mendapat tempat di kalangan pembaca. Mungkin juga kerana marasa pantun bukan genre yang cukup glamor untuk menjadi pentas komunikasi.
Memang ada rakan seperti Dr Hazami Jahari yang mendapat sambutan hebat dengan pantun tembang lamanya. Aku juga mengikuti dan sering menyumbang balasan dan saranan kepada pantun-pantunnya. Memang glamor pantun-pantunnya. Tapi aku rasa sudah tidak sesuai untuk aku 'menggatal dan melanji' seperti Dr Hazami. Dr Hazami malah berbangga mengaku dirinya melanji. Kalau sayalah begitu entahlah. Geli geleman rasanya terurtama sekali apabila menatap wajah diri dalam cermin di bilik air. Kalau diri sendiri dah tersenyum mencebik melihat wajah nak melanji, orang lain lebar cebiknya. Hihihihhi
Maka nak diceritakan balik - aku kietemu dan cuba masuk dan buat posting di laman ni dan setelah melalui beberapa proses dapat. Itulah hadirnya catatan ini pada 30.5.2018.
Nantilah aku cuba lagi buat postring dan ingin nak lebih regular dan lebih santai tapi serius.
Sekian hari ini. (Gambar tu gambar lama dan aku cari punya cari itulah yang ada dalam simpanan di set komputer ni.)
Lepas ni nak berbuka puasa di RTM, ada jemputan melalui Grup Whatsapp. (Huh, wasap lagi ....)
(Sebenarnya postiing ditulis pada 10 MEI 2018)
Wassalam


